Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. maaf zahir batin kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini andai ada tersalah bahasa atau kata...


Semoga kehadiran hari yang bahagia ini, kita bergembira seadanya dan tidak berlebih-lebihan...


Berlalulah sudah ramadan, sebulan kita berpuasa...Tibalah syawal untuk kita raikan,dengan penuh rasa gembira dan kesyukuran...


Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta'ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.


Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara' dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.


Semoga Ramadan yang berlalu meninggalkan kepuasan kepada kita dengan amalan-amalan yang telah kita lakukan dan munculnya syawal yang mulia dapat menginsafkan diri kita supaya lebih bersabar dan mengingati orang-orang disekeliling kita...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...




Monday, September 14, 2009


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN


Kepada semua pembaca yang saya hormati,
Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan di Ramadan yang mulia ini, kita dapat meraih seribu keinsafan, taufik & hidayah, kebahagiaan yang hakiki, barakah, maghfirah & rahmat dari Allah yang berkekalan di dunia & akhirat. Amin
Saya juga memohon maaf di atas segala kekurangan saya atau kesilapan jika ada. Pinta dihalalkan segalanya.


AKU MILIK TUHANKU

Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku Bahagia aku kemudi selalu Biar ku menuju jalan tak berbiku Biarkan cemburu berkubur Asalkan tak cemari hidupku Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu*
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya
."

Sunday, September 13, 2009

freedom




Sesuatu niat itu wajib baginya kesempatan waktu dan kukuh dengan pegangan iman yang sabar menghadapi sebarang ujian, gangguan, godaan dan tentangan.

My Love


Setelah lama berkenal mesra, ikatan sampai ke jinjang pelamin.
Ikatan suci yang terbina kuharap berkekalan hingga ke nafas terakhir.. Syukur kepada Tuhan kerana bahagia yang di beri...

Dugaan yang datang ditempuh dengan sabar, semoga ia mematangkan kami, mengajar kami erti hidup yang sebenar..
Sikap dan hidup yang bersederhana tetap memberi sinar dan bahagia kepada kami, sedar dengan ketetapan ilahi..

Semoga suatu hari nanti, ada sinar yang lebih menyerlah dengan kehadiran insan kecil... Penantian tetap penantian, semoga hari itu akan tiba untuk kami bersama.. AMIN...