Monday, September 14, 2009


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN


Kepada semua pembaca yang saya hormati,
Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan di Ramadan yang mulia ini, kita dapat meraih seribu keinsafan, taufik & hidayah, kebahagiaan yang hakiki, barakah, maghfirah & rahmat dari Allah yang berkekalan di dunia & akhirat. Amin
Saya juga memohon maaf di atas segala kekurangan saya atau kesilapan jika ada. Pinta dihalalkan segalanya.


AKU MILIK TUHANKU

Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku Bahagia aku kemudi selalu Biar ku menuju jalan tak berbiku Biarkan cemburu berkubur Asalkan tak cemari hidupku Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu*
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya
."

1 comment:

  1. Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

    1.Hatinya selalu berniat suci.
    2.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
    3.Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
    4.Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
    5.Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

    ReplyDelete